CARA BATAL CUTI (Melalui HRMIS)

PEMBATALAN CUTI MELALUI SISTEM HRMIS

Sekiranya tuan/puan memohon cuti melalui Sistem HRMIS, tapi perlu batalkan cuti tersebut kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, contohnya :-

  1. Hadir bertugas pada hari tersebut
  2. Mendapat Sijil Cuti Sakit Awam/Swasta
  3. Menghadiri Kursus
  4. dll

Apa yang tuan/puan perlu buat?

1.Semak STATUS cuti tuan/puan dalam Sistem HRMIS 

LOG IN HRMIS > Pengurusan Cuti > Fungsi > Penyemakan Cuti > Pemohon Cuti > Klik Status Cuti

 

2. STATUS cuti  tuan/puan akan dipaparkan sama ada  : BARU / DISOKONG / DILULUSKAN / TIDAK DISOKONG:

 

BARU  (Pegawai boleh BATALKAN sendiri)

LOG IN HRMIS > Pengurusan Cuti > Fungsi > Pindaan/Pembatalan Cuti > Pemohon Cuti > Klik > Teruskan > Klik radiobutton tarikh cuti > Pilih butang HAPUS

 

DISOKONG  (Pegawai boleh BATALKAN sendiri)

LOG IN HRMIS > Pengurusan Cuti > Fungsi > Pindaan/Pembatalan Cuti > Pemohon Cuti > Klik > Teruskan > Klik radiobutton tarikh cuti > Pilih butang HAPUS

 

DILULUSKAN (Pegawai TIDAK BOLEH membatalkan cuti sendiri). Hanya pentadbir HRMIS institusi sahaja boleh buat pembatalan setelah menerima dokumen berikut:-

Sila isi borang pembatalan cuti  di bawah, lengkapkan Borang Pembatalan Cuti tersebut , kepilkan bersama dokumen sokongan (cuti sakit/ salinan punch card dll yang berkaitan).  Cuti tersebut akan dibatalkan selepas diperakukan oleh Ketua Jabatan.

 

TIDAK DISOKONG (Pegawai TIDAK BOLEH membatalkan cuti sendiri). Hanya pentadbir HRMIS institusi sahaja boleh buat pembatalan setelah menerima dokumen berikut:-

Sila isi borang  melalui pautan di bawah, lengkapkan Borang Pembatalan Cuti dan Borang Cuti Rehat (Manual) , kepilkan bersama dokumen sokongan (print status cuti yang DISOKONG - melalui cetakan HRMIS).  Cuti tersebut akan dibatalkan selepas diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Sekian, terima kasih.

Sekiranya tuan/puan ada kemusykilan, boleh terus telegram Sheila (Admin) .

 

UTAMA

PEKELILING

BORANG-BORANG

PENGURUSAN ASET DAN STOR

GARIS PANDUAN : COVID-19

UKK (Unit Komunikasi Korporat)

Q&A (Sistem HRMIS)